Monday, May 5, 2008

JAPANESE COOKIES

Bahan-bahannya
200gm butter
150gm icing sugar
1 biji kuning telur
125gm quaker oats
20gm tepung jagung
50gm tepung susu
50gm black current
50 gm cherry merah & hijau dihiris
1/2 sudu teh vanilla
35gm badam cincang [dibakar/sangan/i terlebih dahulu]
80gm tepung gandum
100gm cornflakes [dihancurkan terlebih dahulu]
Merah telur untuk disapu

Caranya:
1. Semua bahan2 kering hendaklah dicampurkan dan digaul terlebih dahulu.
2. Pukul butter & gula icing sebentar lalu masukan telur, vanilla dan masukan semua bahan2 kering ke dalam adunan.
3. Kemudian dicanai dan di potong2 mengikut citarasa anda sendiri.
4. Selepas itu sapukan merah telur sebelum dibakar.
5. Untuk perhatian anda semua ketika biskut ini dibakar, baunya amat menyelerakan.

Cadangan:

1. Biskut ini boleh juga ditekan dalam acuan buah kana.
2. Sekiranya adunan anda agak lembik untuk ditekan dalam acauan atau dipotong2, sila tambahkan tepung jagung & tepung gandum.